15 May 2012

sekolahku hebat

assalamualaikum & hello peeps :)

cewahh sekolahku hebat ! tittle nak gempak je kan. sekolahku hebat ke ? puiii. hebat ape cenggitu. (ehh , tak baik doe kau puii2 kan sekolah kau. tu kan tempat kau menuntun ilmu) ok ok. gurau je lah. sape2 tolong amek liquid n tolong cancel puii tu aku malas lah nak backspace. hee

dipendekkan cerita , tadi aku pergi sekolah aku , tweettweet ex-sekolah ye (kemain) , baru 5 bulan aku tinggalkan sekolah dah banyak gila perubahan. ada kerusi batu baru , kerusi kayu baru , meja belajar baru , kerusi belajar baru , pc baru , rumput baru , cat baru. cam tuuutttt je. masa aku sekolah dulu suma lama n cam tak cukup je. sampai nak masuk makmal pun berebut kot kerusi. kerusi banyak yang patah lak tuu. tapi sekrang... tapi kenapa baru sekarang nak wat perubahan kenapa tak 2-3 taun lepas.

ini tidak adil !

aku rasa 5-6 tahun lagi boleh jadi dalam kelas ada air-con sorang se. agakk laa. masa aku belajar dulu dalam panas kot. dah la panas kadang2 kipas mati lah , lampu rosak lahh. seksa kot. memang aku nak bantah habishabisan la kan buat camtu kat budak2 lama. tiada lama tiada baru weyh (tiba)

dahhh , takyah nak emoemo. biasa lah tuu. memang akan sentiasa ada perubahan. tu baru aku tengok sekolah menengah kan. ce aku tengok sekolah rendah aku kat kuantan tu , mesti aku tak caya yang aku pernah belajar kat situ. ramai kawan2 aku cakap sekolah tu dah lain. ada bangunan baru lagi. woowooo. 

form 4. gedik gila. hahah

takpelah , pape pun akak doakan adik adik yang masih bersekolah tuu belajar lah rajin rajin. syukurlah dengan kemudahan yang kerajaan bagi. (cewwahh , akakkk kau *gayasengau) 


***********


tadi aku pergi sekolah nak cop n sah kan yang matrik nye dokumen berbagai tu. cikgu yang jumpa aku boleh cakap camni dekat aku 

'eh , awak bekas sekolah ni ? asal tak pernah nampak sblm ni?'

sedih nyee. cikgu cakap camtu kat saya. sampai hati cikgu. patah seribu hati saya. saya tau saya bukan pelajar cemerlang yang selalu dapat top 5 dalam kelas. huhu. 


saya hanya pelajar sederhana yang jarang ponteng sekolah tapi selalu ponteng kelas , kadang2 tak siap kerja rumah tapi selalu siap kerja sekolah , selalu mengantuk bila subjek sejarah tapi segarbugar bila subjek bi (sebab teacher garang), kadang2 terlewat ke sekolah tapi tak lewat keluar dari sekolah  dan selalu dapat G dalam subjek addmath tapi A dalam subjek bm n pai. bhahah

ps : pengajaran , berdampinglah dengan budak pandai. mesti cikgu akan ingat je selalu  'ohh , awak yang kawan dengan budak yang paling pandai kat sekolah tu kan ?



***************



ohh yeee. selamat hari guru pada semua guru guru di dunia termasuk guru guru saya dari 
tadika > sekolah rendah > sekolah menengah.

semoga cikgu cikgu terus maju dan sabar mendidik anak bangsa.
guru, jasamu dikenang !

nahh , sajak khas saya reka tuk cikgu

guru , kau pelita hidup kami
menerangi kegelapan malam
menyuluh sinar masa hadapan
to be continue. :p

2 comments:

  1. Cikgu yang mana satu tak kenal ko?

    ReplyDelete
  2. cite belakang ah , takmo bg tahu kat sini. hehe

    ReplyDelete